Sinopsis
Sinopsis Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Bahasa
Penglibatan pelajar bahasa dalam forum elektronik, mel elektronik, atau sembang siber dapat membantu pemahaman dan penggunaan bahasa dalam konteks sebenar. Perkhidmatan komunikasi ini dapat digunakan sebagai pelantar komunikasi bahasa yang berkesan kerana komunikasi pengantaraan komputer ini merentas sempadan dan budaya. Walau bagaimanapun, aplikasinya hendaklah memenuhi objektif pengajaran bahasa dan mengikut peraturan dan etiket perbincangan di alam siber.

Penggunaan komunikasi pengantaraan komputer dapat meningat autonomi pelajar dan mewujudkan suasana pemelajaran yang interaktif. Pelajar dapat mengambil bahagian secara aktif dan diberi kebebasan sepenuhnya untuk membuat suatu keputusan berkaitan dengan pemelajaran. Walau bagaimanapun, pelajar perlu lebih bertanggungjawab terhadap pemelajaran mereka sendiri. Guru pula dapat mengajar dan menyampaikan maklumat dan kandungan kursus yang sama tanpa bias kepada pelajarnya. Di samping itu, waktu interaksi dengan pelajar dapat dipendekkan dan lebihan waktu di dalam kelas dapat digunakan untuk memberikan perhatian yang lebih dan bantuan kepada pelajar yang lemah. Komunikasi pengantaraan komputer menjadi asas pengajaran jarak jauh.Komunikasi pengantaraan komputer memudahkan kerjasama dan koloborasi antara dua buah institusi pengajian atau lebih.
Di samping itu, guru dan pelajar dapat berinteraksi pada peringkat antarabangsa dan keadaan ini menghasilkan satu bentuk komuniti baru yang dikenal sebagai komuniti elektronik. Ciptaan terbaru teknologi komputer ini, jika digunakan dan diselia dengan baik, dapat membantu menghasilkan pentadbiran kursus bahasa yang lebih cekap, menjimatkan kos dan masa, dan memberikan keanjalan waktu yang lebih kepada tenaga pengajar. Pengajaran dan pemelajaran dapat dijalankan di mana-mana sahaja, sama ada di tempat kerja, di rumah, atau di perpustakaan. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi pengantaraan komputer ini dapat menjimatkan kos penggunaan bilik seminar, kos pengangkutan, dan penginapan para pengajar.
Walau bagaimanapun, kaedah pengajaran yang menggunakan komunikasi pengantaraan komputer ini bukan kaedah pengajaran yang baru. Aplikasi yang betul dan memenuhi strategi pemelajaran bahasa dan prinsip pengajaran bahasa. Dengan menggunakan komunikasi pengantaraan komputer ini, para penggunanya tidak perlu bersemuka. Oleh sebab itu, komunikasi pengantaraan komputer ini mempunyai prospek yang baik untuk digunakan sebagai alat berhubungan untuk tugas perundingan yang merangkumi tugas membaiki penulisan, menyelia projek, dan berhubung dengan para pelajar dengan lebih kerap untuk mengetahui tahap pencapaian mereka. Namun, tidak banyak kajian yang dijalankan untuk mengetahui keberkesanan perundingan dalam talian ini.
Penulis berpendapat bahawa komunikasi pengantaraan komputer ini lebih praktikal dan menjimatkan kos. Oleh sebab itu, kajian lanjut tentang keberkesanannya perlu dilakukan. Dalam bidang lain, seperti bidang perniagaan, bidang sains, dan bidang teknikal, komunikasi pengantaraan komputer sudah menjadi satu cara perhubungan yang disenangi dan menjimatkan. Oleh sebab itu, jika digunakan dan diselia dengan baik, komunikasi pengantaraan komputer dapat menghasilkan suasana pengajaran dan pemelajaran yang baik untuk pengajaran bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, guru harus peka terhadap komunikasi di alam siber ini kerana komunikasi berperantaraan komputer ini kadangkadang dieksploitasi untuk tujuan yang tidak baik, tidak beretika, dan tidak bermoral. Guru perlu tahu menggunakan dan mengendalikan teknologi dan berkemahiran untuk 35 membantu pelajar menggunakan teknologi maklumat ini dengan tujuan yang positif dan betul.

Comments
Post a Comment