Artikel

Artikel yang terdapat dalam blog ini adalah sebahagian daripada artikel yang penuh. Untuk mendapatkan artikel yang penuh layari laman web di bawah.

http://www.docstoc.com/docs/19707992/1-PENGGUNAAN-KOMPUTER-DALAM-PENGAJARAN-BAHASA-Oleh-Nazri-Bin

PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN BAHASA 
Oleh 
Nazri Bin Abu Bakar 
Muhammad Salaebing
Shamsinah Bt. Salleh
Norizillah Bt. Mohd. Rodzes 
Fatahiyah Bt. Mohd. Ishak

Secara umumnya, pendekatan dan pembelajaran bahasa Melayu melalui Internet diwajarkan kerana beberapa faktor, tetapi  yang utama ialah jumlah tenaga pengajar bahasa Melayu di seluruh dunia amat terhad dan kos latihan dan penghantaran guru bahasa Melayu ke seluruh ceruk dunia sangat tinggi. Hal yang sebaliknya juga berlaku. Agak sukar dan tidak praktis untuk membawa banyak pelajar asing ke negara berbahasa Melayu. Antara kelebihannya
● Pelajar dapat belajar/memilih maklumat dengan cara sendiri
● Web serasi dengan cara pembelajaran yang diminati oleh pelajar kita pada 
hari ini. 
(a)Pelajar dapat belajar berdikari. 
(b) Menyediakan capaian ke pelbagai sumber maklumat, untuk rujukan pantas. 
(c) Membolehkan pelbagai kaedah pengajaran yang kreatif. 
● Pelbagai kemudahan yang berasaskan teknologi (penyebaran, penambahan 
dan pengeditan kandungan/maklumat kursus). 
● Bahan yang diterbitkan dan disampaikan kepada pelajar dengan teknologi 
mutakhir ini boleh dalam bentuk tertulis, foto, dalam bentuk audio/video 
ataupun ‘secara langsung’. 
(d) Menggalakkan minat pelajar terhadap komputer. 
● Jurang digital dan fobia komputer dapat dikurangkan. 
● Pelajar dapat membiasakan diri  dengan pemikiran yang terbuka tanpatekanan. 
(e) Menjimatkan pengagihan tenaga guru. 
Teknologi dapat menggantikan keperluan  penempatan guru bahasa di setiap 
kawasan. 
(f) Menyediakan kesempatan belajar yang baik untuk golongan masyarakat yang sibuk.  
Golongan profesional dapat memanfaatkan waktu-waktu terluang (waktu 
rehat/ makan tengah hari ataupun waktu malam) untuk mencapai dan melayari internet dan meneruskan pembelajaran tanpa perlu bergegas ke kampus, terutamanya apabila kampus terletak jauh dari tempat kerja/tinggal. 
(g) Membolehkan proses pembelajaran yang lebih teratur dan lebih lentur. 
Tiada had waktu belajar seperti dalam bilik darjah nyata (30 minit sehari untuk satu mata kuliah) – proses pembelajaran boleh dilanjutkan sehingga selesai atau pun boleh dihentikan untuk disambung semula pada kesempatan.
yang lain. 
(h) Meningkatkan kemahiran berfikir. 
Dalam banyak kajian, komputer telah  didapati berkesan dalam pengajaran bahasa kerana kaedah ini menggalakkan pelajar untuk berfikir dan menjadi lebih inkuisitif dan peka terhadap aspek-aspek bahasa dan budaya yang 
dipelajari. 
(i) Menjimatkan kos percetakan dan penghantaran. 
Kos untuk mencetak buku dan bahan ajar serta menghantarkan bahan-bahan tersebut ke setiap pusat/institusi pendidikan dapat dijimatkan dengan adanya kemudahan pengaliran bahan dan maklumat melalui teknologi ita-mata untuk mengajarkan bahasa Melayu. Selain itu, e-pendidikan mempunyai pelbagai faedah seperti: 
(a) Kebebasan belajar

4.0 KOMPUTER DALAM PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

4.1  Apa Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer (PBBK)?
Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer (PBBK) atau Computer-Assisted Language Learning  CALL) bukanlah perkara baru dalam dunia pendidikan. PBBK berkembang daripada Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) atau Computer-Assisted Instruction(CAI) yang diperkenalkan pada tahun 1960-an. PBK mula diperkenalkan di University of Illinois melalui rangkaian sistem PLATO (Program Logic utomated Machine) yang merangkaikan universiti dan sekolah di Amerika Syarikat. PLATO bukan sahaja menyediakan ruang untuk menempatkan  perisian PBK, tetapi juga menguruskan permintaan pembelajaran, memantau pembelajaran, memantau perkembangan kemajuan pelajar, dan memberikan peluang kepada  pelajar dan pensyarah untuk berkomunikasi melalui komputer. Rangkaian sistem PLATO yang menggunakan kerangka komputer utama telah diganti dengan NOVANet yang menggunakan komputer peribadi pada tahun 1991. Walau bagaimanapun, tidak lama selepas rangkaian ini dilaksanakan, WWW (World Wide Web) mula diperkenalkan dalam dunia  teknologi maklumat pada tahun 1993. Rangkaian WWW ini memberikan ruang  yang lebih luas kepada PBBK untuk digunakan di bilik darjah tanpa sempadan.   
   
Walaupun PBBK telah diperkenalkan hampir 30 tahun yang lalu, istilah ini hanya popular pada tahun 1980-an. Dengan adanya komputer peribadi yang semakin mudah didapati, perisian PBBK turut bercambah bagaikan cendawan. Di Malaysia, PBBK masih baru. Meskipun perisian PBBK sudah berada di pasaran dan dalam internet, penggunaannya masih belum meluas dan belum disepadukan dalam sistem pendidikan di 
negara ini. Kebanyakan penggunaan perisian PBBK kini merupakan inisiatif individu pendidik di sekolah atau di universiti dalam kursus masing-masing atau melalui kelab komputer di sekolah. Dengan kata lain, tidak ada keseragaman dalam penggunaan perisian PBBK di sekolah atau di institusi pendidikan.  

Meskipun begitu, kerajaan sedang berusaha menyeragamkan penggunaan PBBK di sekolah melalui program sekolah bestari. Dengan adanya kerjasama daripada pihak swasta, kerajaan berharap agar PBBK yang bermutu dapat dihasilkan dan penggunaannya dapat disepadukan dalam kurikulum sedikit masa lagi. Usaha ini baik, tetapi pemindahan pengetahuan dan kemahiran teknologi kepada guru terhad dan terlalu minimum. Persoalan integrasi PBBK dalam pendidikan dan pembangunan perisian PBBK merupakan dua perkara yang harus menjadi fokus utama para pendidik dalam alaf baru


6.5  Aspek Pedagogi Komunikasi Penggunaan Komputer
Penglibatan pelajar bahasa dalam forum elektronik, mel elektronik, atau sembang siber dapat membantu pemahaman dan penggunaan bahasa dalam konteks sebenar. Perkhidmatan komunikasi ini dapat digunakan sebagai pelantar komunikasi bahasa yang berkesan kerana komunikasi pengantaraan komputer ini merentas sempadan dan budaya. Walau bagaimanapun, aplikasinya hendaklah memenuhi objektif pengajaran bahasa dan mengikut peraturan dan etiket perbincangan di alam siber.
Penggunaan komunikasi pengantaraan  komputer dapat meningat autonomi pelajar dan mewujudkan suasana pemelajaran  yang interaktif. Pelajar dapat mengambil bahagian secara aktif dan diberi kebebasan sepenuhnya untuk membuat suatu keputusan berkaitan dengan pemelajaran.  Walau bagaimanapun, pelajar perlu lebih
bertanggungjawab terhadap pemelajaran mereka sendiri. Guru pula dapat mengajar dan menyampaikan maklumat dan kandungan kursus yang sama tanpa bias kepada pelajarnya. Di samping itu, waktu interaksi dengan pelajar dapat dipendekkan dan lebihan waktu di dalam kelas dapat digunakan untuk memberikan perhatian yang lebih dan bantuan kepada pelajar yang lemah. Komunikasi pengantaraan komputer menjadi
asas pengajaran jarak jauh.
Komunikasi pengantaraan komputer memudahkan kerjasama dan koloborasi antara dua buah institusi pengajian atau lebih. Di samping itu,  guru dan pelajar dapat berinteraksi pada peringkat antarabangsa dan keadaan ini menghasilkan satu bentuk komuniti baru yang dikenal sebagai komuniti elektronik. Ciptaan terbaru teknologi komputer ini, jika digunakan dan diselia dengan baik, dapat membantu menghasilkan pentadbiran kursus bahasa yang lebih cekap, menjimatkan kos dan masa, dan memberikan keanjalan waktu yang lebih kepada tenaga pengajar. Pengajaran dan pemelajaran dapat dijalankan di mana-mana sahaja, sama ada di tempat kerja, di rumah, atau di perpustakaan. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
pengantaraan komputer ini dapat menjimatkan kos penggunaan bilik seminar, kos pengangkutan, dan penginapan para pengajar. Walau bagaimanapun, kaedah pengajaran yang menggunakan komunikasi
pengantaraan komputer ini bukan kaedah pengajaran yang baru. Aplikasi yang betul dan memenuhi strategi pemelajaran bahasa  dan prinsip pengajaran bahasa. Dengan menggunakan komunikasi pengantaraan komputer ini, para penggunanya tidak perlu bersemuka. Oleh sebab itu, komunikasi pengantaraan komputer ini mempunyai prospek yang baik untuk digunakan sebagai alat berhubungan untuk tugas perundingan yang
merangkum tugas membaiki penulisan, menyelia projek, dan berhubung dengan para pelajar dengan lebih kerap untuk mengetahui tahap pencapaian mereka. Namun, tidak banyak kajian yang dijalankan untuk mengetahui keberkesanan perundingan dalam talian ini. Penulis berpendapat bahawa komunikasi  pengantaraan komputer ini lebih praktikal dan menjimatkan kos. Oleh sebab itu, kajian lanjut tentang keberkesanannya perlu dilakukan. Dalam bidang lain, seperti bidang perniagaan, bidang sains, dan bidang teknikal, komunikasi pengantaraan komputer sudah menjadi satu cara perhubungan yang disenangi dan menjimatkan. Oleh sebab itu, jika digunakan dan diselia dengan baik, komunikasi pengantaraan komputer dapat menghasilkan suasana pengajaran dan pemelajaran yang baik untuk pengajaran bahasa Melayu. Walau  bagaimanapun, guru harus peka terhadap komunikasi di alam siber ini kerana komunikasi berperantaraan komputer ini kadangkadang dieksploitasi untuk tujuan yang tidak baik, tidak beretika, dan tidak bermoral.
Guru perlu tahu menggunakan dan mengendalikan teknologi dan berkemahiran untuk 35 membantu pelajar menggunakan teknologi maklumat ini dengan tujuan yang positif dan betul.

Comments

  1. Penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa mempunyai banyak kebaikan. Kaedah pengajaran ini telah memudahkan para pendidik dan juga pelajar dalam P&P. Namun, teknologi ini perlulah digunakan dengan tujuan yang betul.

    ReplyDelete
  2. Saya juga setuju dengan pendapat cikgu Tan Bee Leng. Komputer memang banyak kebaikannya, tidak kira kepada guru ataupun murid.Tetapi, guru haruslah bijak mengendalikannya agar murid dapat membezakan antara kebaikan dan keburukan menggunakan komputer sama ada di dalam P&P mahupun kehidupan harian.

    ReplyDelete
  3. Guru perlulah mempunyai kemahiran menggunakan komputer untuk menjalankan pengajaran berbantukan komputer supaya sesi P&P menjadi bermakna.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Percubaan membina Blog.